Kami akan sentiasa berkongsi tutorial, tips serta teknik yang terbaik serta paling cool dengan anda semua. Kali ini pula, saya ingin menulis tentang beberapa tips2 menarik untuk pengguna facebook yang boleh anda cuba dan aplikasinya. Walaupun saya sendiri bukan kaki facebook, namun saya gemar mempelajari serta berkongsi segala ilmu yang saya tahu mengenai facebook ini.
1. Menambah fungsi serta efek menarik kepada facebook
Add-on Boost untuk firefox meningkatkan kecanggihan facebook ke tahap lebih tinggi. Dengan boost, anda mampu menukar warna antaramuka facebook yang asalnya berwarna biru kepada warna2 lain yang lebih bergaya. Anda juga mampu menyekat iklan, menambah efek zoom kepada image, menambah butang download pada video di facebook serta beberapa fungsi menarik lain.
Wajib di cuba oleh semua pengguna facebook. Download Boost for firefox.
2. Menukar layout/template profile facebook anda
Kalau friendster dan myspace anda boleh tukar template macam2 jenis, nampak lebih menarik dan fancy. Default template bagi profile facebook pula adalah sangat plain dan membosankan. Anda boleh menukar rupa profile facebook anda kepada layout yang lebih cun dan menarik dengan menggunakan aplikasi PageRage.
Pagerage membolehkan anda memilih beratus2 jenis layout menarik untuk profail facebook anda. Install pagerage for facebook.
3. Membuat vanity url kepada profile facebook
Anda boleh memilih nama url kepada profile anda sendiri. Contohnya http://facebook.com/einsjomphp atau http://facebook.com/namaanda nanti senang kawan2 hendak add atau post kepada wall anda. Tak perlu susah2 search nama atau tengok dalam friend list.
Buat facebook url di facebook username. Anda diberi peluang sekali sahaja untuk menukar facebook username yang telah dibuat.
4. Menukar laman web facebook kepada aplikasi desktop
Anda boleh menukar atau convert laman web facebook kepada aplikasi desktop. Ringkas kata, anda tidak perlu buka firefox atau google chrome semata2 untuk masuk laman facebook. Hanya perlu klik pada shortcut aplikasi facebook dan anda akan melayari facebook dalam window aplikasi itu sendiri.
Untuk menukar web facebook kepada aplikasi desktop, buka firefox dan tekan bahagian tools > convert website to application. Pada bahagian url masuk http://facebook.com dan letakkan nama facebook. Anda boleh memaparkan shortcut tersebut di desktop atau start menu.
Kemudian, untuk membuka facebook anda hanya perlu klik pada shortcut tersebut tanpa perlu muka main browser, sangat senang bukan?
5. Membuat shortcut kepada facebook chat di dekstop dan sidebar
Ramai juga orang menggunakan facebook chat, ringkas dan ringan. Untuk mencapai facebook chat dengan lebih senang, anda boleh add kepada sidebar di firefox dan juga sebagai shortcut di desktop.
Untuk menukar facebook chat kepada aplikasi desktop, ikut cara diatas cuma gantikan url kepada http://www.facebook.com/presence/popout.php.
Untuk menambah facebook chat kepada firefox sidebar, tekan add bookmark dan masukkan url http://www.facebook.com/presence/popout.php dan hanya tekan pada bahagian bookmark tersebut untuk load fb chat.
6. Upload gambar tanpa perlu buka laman facebook
Anda boleh menggunakan google picasa untuk mengupload gambar kepada facebook. Cara2nya anda boleh refer tutorial cyberfly di sini.
Anda juga boleh menggunakan perisian Bloom untuk mengupload gambar kepada facebook. Bloom amat senang digunakan serta menyokong fungsi drag and drop.
Atau anda boleh gunakan extension firefox, iaitu Firefox Universal Uploader yang membolehkan anda upload gambar kepada facebook, flickr, imageshack, photobucket, twitpic dll dengan semudah satu klik.
7. Upload gambar kepada facebook menggunakan mms
Anda mempunyai handphone berkamera serta menyokong mms/gprs? Kalau ada, maka anda boleh upload gambar menggunakan mms terus kepada facebook. Caj yang dikenakan ialah bayaran menggunakan mms iaitu kira2 rm0.20 bagi celcom/maxis/digi.
Anda boleh gunakan khidmat shozu, pixelpipe dan ping.fm untuk memudahkan anda upload gambar kepada facebook melalui mms. Selain facebook, laman2 tersebut juga menyokong fungsi upload kepada laman lain seperti twitter, flickr, blog, dll. Harus dicuba.
8. Upload gambar dan video kepada facebook dengan menggunakan smartphone.
Pixelpipe mempunyai aplikasi untuk membolehkan pengguna smartphone seperti Nokia dan Iphone mengupload gambar dan video terus kepada facebook melalui gprs/edge/3g/hsdpa/wifi.
Cuba Pixelpipe for Nokia dan Pixelpipe for Iphone.
9. Post twitter updates kepada facebook updates
Anda boleh post twitter updates kepada facebook wall post dengan menggunakan aplikasi twitter for facebook. Itu bermaksud segala benda yang anda tweet juga dapat dibaca oleh rakan2 anda di facebook. Tidak perlu lagi anda buat secara manual yang jelas membuang masa.
Aplikasi twitter for facebook.
10. Menggunakan aplikasi dan bermain game di facebook
Facebook bukan sahaja tempat untuk bersosial secara biasa2. Anda juga boleh mengisi masa terluang dengan mencuba beribu2 aplikasi di facebook. Anda juga boleh bermain game di facebook dan ajak ramai rakan untuk turut main bersama. Di kalangan kawan2 saya game yang paling feymes di facebook ialah Farmville dan Mafia Wars.
11. Tengok dan kemaskini facebook status updates serta facebook chat dengan digsby
Digsby ialah social messaging client yang membolehkan anda chat menggunakan ym, facebook chat, msn, gtalk, dll. Anda juga boleh tengok status updates rakan2 dari twitter, facebook dengan senang.
Lihat artikel mengenai digsby.
12. Plugin wordpress untuk facebook
Anda boleh import album facebook kepada post atau page bagi blog facebook anda menggunakan plugin fotobook.
Download fotobook plugin for wordpress.
13. Facebook badge untuk blog
Buat badge/atau lencana bagi profile anda dan letakkan di bahagian sidebar blog anda. Visitor2 blog anda boleh tahu sedikit sebanyak mengenai profile anda dengan cara ini. Anda boleh customize facebook badge mengikut kesukaan.
Facebook badge for blog
14. Membuat facebook widget untuk fan page
Jika anda ada membuat fan page, anda boleh membuat widget yang memaparkan status updates bagi fan page serta senarai fans anda. Anda boleh letak widget itu di website dan di blog.
Facebook widget for fan page
Jika anda mempraktikkan semua tips dan teknik di atas, syabas saya ucapkan. Anda maju beberapa langkah lagi ke depan untuk menjadi seorang yang pro mengenai facebook. Haha.
Selamat mencuba kepada pembaca semua!